Mohd Radzuan dilantik CEO baharu Persatuan Takaful Malaysia

Mohd Radzuan
Mohd Radzuan
A
A
A

PERSATUAN Takaful Malaysia (MTA) pada Sabtu mengumumkan pelantikan Mohd Radzuan Mohamed sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Pengerusi MTA, Elmie Aman Najas berkata, Radzuan membawakan kepada persatuan itu kemahiran meluas beliau dalam kepimpinan, pengurusan, operasi dan keusahawan ditambah dengan pengalamannya di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

“Beliau berupaya untuk memacu organisasi ini dalam menerajui transformasi industri takaful terutamanya dalam aspirasi persatuan untuk mencapai landskap takaful baharu seperti yang digariskan dalam rangka kerja Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) yang dilancarkan pada Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Radzuan memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam industri merangkumi pelbagai bidang termasuk takaful dan takaful semula, insurans dan insurans semula, pembrokeran, perundingan dan pelarasan.

Sebelum menyertai MTA, beliau memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dalam pelbagai syarikat insurans dan takaful.

MTA adalah persatuan perdagangan yang mewakili semua 18 pengendali takaful dan takaful semula berlesen di Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: