X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

KKM kaji pemberian dos penggalak keempat

Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kumpulan teknikalnya sedang mengkaji keperluan untuk memberikan suntikan dos penggalak keempat kepada penduduk di negara ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kumpulan teknikal itu akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sebaik kajian dimuktamadkan susulan ancaman varian Omicron yang melanda dunia termasuk Malaysia ketika ini.

Menurut beliau, pihaknya ambil maklum mengenai kajian berhubung pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac tidak mencukupi dalam membendung penularan varian tersebut.

“Kita telah menerima berita itu dan kumpulan teknikal (KKM) sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.

“Terlalu awal untuk buat kesimpulan ini, namun kita tahu mengenai ujian ini (kajian yang mendapati pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac tidak mencukupi dalam membendung penularan varian Omicron),” katanya dalam sidang akhbar khas di kementeriannya di sini pada Sabtu.

Sementara itu, dalam sidang akhbar sama, Khairy turut memberitahu, pada Jumaat (31 Disember) dua lagi kes Covid-19 disahkan varian Omicron, menjadikan jumlah keseluruhan varian itu 64 kes ketika ini.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, 63 kes varian berkenaan melibatkan pengembara dan satu kes disyaki jangkitan tempatan.

“Daripada 64 kes jangkitan Covid-19 varian Omicron ini, sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!