Tarif elektrik di Semenanjung kekal mulai hari ini

Susulan keputusan penangguhan RP3 dan ICPT itu, pengguna di Semenanjung tidak akan mengalami kenaikan kadar tarif asas elektrik. - Gambar hiasan
Susulan keputusan penangguhan RP3 dan ICPT itu, pengguna di Semenanjung tidak akan mengalami kenaikan kadar tarif asas elektrik. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa kerajaan pada 31 Disember 2021 memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tempoh Regulatori Ketiga (RP3).

Oleh itu, pada 1 Januari 2022 kadar purata tarif asas elektrik kekal pada 39.45 sen/kWj di Semenanjung sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan kelak.

Dalam pada itu, kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) mulai 1 Januari 2022 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan pada Sabtu

Sehubungan itu, kadar rebat semasa sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung dikekalkan untuk tempoh tersebut.

Susulan keputusan penangguhan RP3 dan ICPT itu, pengguna di Semenanjung tidak akan mengalami kenaikan kadar tarif asas elektrik. - Bernama

Artikel Berkaitan: