Sila log masuk terlebih dahulu.

207 saman ambang tahun baru

Polis memeriksa kandungan alkohol pemandu sebuah kenderaan.
Polis memeriksa kandungan alkohol pemandu sebuah kenderaan.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 207 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Ambang Tahun Baru 2022 yang dilaksanakan di Negeri Sembilan pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superitendan Shafiei Muhammad berkata, operasi yang bermula dari jam 8 malam hingga 3 pagi itu dilaksanakan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan serta mencegah aktiviti lumba haram dan samseng jalanan.

"Hasil daripada operasi, sebanyak (289) buah kenderaan pelbagai jenis dan (325) individu telah diperiksa.

"Sebanyak (174) saman polis, (33) saman JPJ dan (53) Notis JPJ telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Sabtu.

Menurut beliau, tiga individu telah ditahan di Seremban dan Rembau kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah.

Beliau berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.

"Kesemua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan IPD Rembau untuk tindakan lanjut.

"Operasi bersepadu ini melibatkan seramai 193 pegawai dan anggota polis, JPJ dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)," katanya.

Artikel Berkaitan: