Banjir di Kota Marudu semakin buruk

Pasukan penyelamat bertindak memindahkan mangsa banjir ke PPS yang dibuka di Kota Marudu.
Pasukan penyelamat bertindak memindahkan mangsa banjir ke PPS yang dibuka di Kota Marudu.
A
A
A

KOTA MARUDU - Keadaan banjir di daerah ini semakin buruk apabila mangsa yang terjejas bertambah kepada 504 dan ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata, kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.

"Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 504 orang terdiri daripada 167 ketua isi rumah (KIR) termasuk dari Kampung Beliajung.

"PPS Dewan SK Teritipan menempatkan seramai 251 mangsa membabitkan 70 KIR manakala di PPS Dewan SMK Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 KIR," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan hujan berterusan sejak awal pagi menyebabkan enam kampung di sini dinaiki air dan mangsa banjir pada mulanya hanya seramai 73 orang yang dipindahkan namun meningkat dalam tempoh beberapa jam kepada 236 orang.

Pengisytiharan banjir gelombang kedua di daerah ini dan dua PPS untuk tujuan menempatkan mangsa banjir yang terjejas.

Artikel Berkaitan: