Bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri

A
A

KLANG -Tindakan pantas anggota bomba berjaya selamatkan seorang wanita yang cuba bunuh diri di flat di Pandamaran di sini semalam.

Wanita warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu berada di tingkat sembilan di bahagian tangga flat tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian pusat gerakan operasi kira-kira jam 11.02 pagi.

"Sepasukan anggota dan pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke tempat kejadian.

"Tindakan pantas anggota boma berjaya menyelamatkan wanita tersebut," katanya.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.