Uncle Kentang impi rakyat Malaysia bermoral tinggi

Chee Heng
Chee Heng
A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang meluahkan rasa sedih dengan sikap segelintir masyarakat yang mengambil mudah sifat amanah.

Kekecewaan tersebut diluahkan di Facebook beliau selepas ada antara mangsa banjir yang bersikap tamak mengambil sumbangan melebihi keperluan.

Menerusi kemas kini di Facebook pada Jumaat, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mencontohi sikap rakyat Jepun yang jujur dan amanah mengambil setiap barangan yang disumbangkan.

"Bantuan untuk mangsa banjir lebih daripada cukup sekiranya ada amanah dalam naluri setiap rakyat.

"Kita harus belajar daripada Jepun kerana mangsa tsunami tidak tamak langsung.

Chee Heng (tengah) antara aktivis yang aktif membantu mangsa banjir di Selangor.
Chee Heng (tengah) antara aktivis yang aktif membantu mangsa banjir di Selangor.

"Barang diletak dan disusun tanpa perlu dijaga dan diawasi. Mereka ambil mana yang perlu, bukan datang beli-belah setiap hari di Pusat Bantuan Banjir," katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Beliau berharap, rakyat Malaysia lebih bermoral kerana sikap itu mampu mendepani setiap cabaran dan masalah yang dihadapi.

Artikel Berkaitan:

"Kalaulah rakyat Malaysia bermoral sikit, kita tetap akan berjaya dalam hidup walaupun apa pun musibah melanda kita.

"Aku idamkan dan mimpikan satu hari nanti kita dapat berbuat demikian. Kita letak barang-barang macam di pasar raya, mangsa datang dan ambil tanpa perlu diawasi, tetapi Malaysia belum sampai ke tahap moral begitu," katanya.