Perkukuh jenama dengan Sinar Daily

Sinar Karangkraf memperkukuhkan jenamanya dalam industri media dengan melancarkan portal harian dalam bahasa Inggeris iaitu Sinar Daily. (Gambar kecil: Farah)
Sinar Karangkraf memperkukuhkan jenamanya dalam industri media dengan melancarkan portal harian dalam bahasa Inggeris iaitu Sinar Daily. (Gambar kecil: Farah)
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Karangkraf memperkukuhkan jenamanya dalam industri media dengan melancarkan portal harian dalam bahasa Inggeris iaitu Sinar Daily.

Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, pelancaran Sinar Daily adalah satu langkah ke hadapan dalam mengukuhkan kehadiran syarikat dalam industri media memandangkan pelayar media dalam talian semakin berkembang.

“Kami berharap portal ini dapat membuka minda dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelayar-pelayar baharu kami dengan berita yang boleh memberikan impak, bukan sahaja kepada mereka secara peribadi tetapi juga masyarakat amnya.

“Fokus utama kami adalah untuk membawa laporan yang benar dan mendalam sambil mengekalkan identiti kami dengan bersikap telus dan jujur,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sinar Daily menjanjikan variasi kandungan digital yang segar dan menepati cita rasa semua lapisan masyarakat dengan mengetengahkan kupasan berita-berita dalam dan luar negara serta pelbagai topik gaya hidup yang menarik termasuk kecantikan, kekeluargaan, kesihatan dan pelancongan.

Antara kandungan digital yang bakal ditayangkan secara maya ialah Bang For Your Buck, Did You Know?, Dazzle, Fireside Chat, Politically Frank dan Wacana dalam bahasa Inggeris.

Sinar Daily boleh diakses dengan melayari laman web https://www.sinardaily.my dan semua platform media sosial rasmi Sinar Daily termasuk di Instagram, Facebook, TikTok dan Twitter.

Artikel Berkaitan: