Kerajaan teruskan tarif elektrik semasa berkuat kuasa 1 Januari

Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme ICPT di samping mengekalkan rebat ICPT pada 2.00 sen/kWh yang sedang dilaksanakan bagi semua pelanggan. - Foto Bernama
Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme ICPT di samping mengekalkan rebat ICPT pada 2.00 sen/kWh yang sedang dilaksanakan bagi semua pelanggan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan meneruskan parameter semasa Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi lanjutan tempoh kawal selia kedua dan mengekalkan jadual tarif elektrik semasa berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2022 dan sehingga dimaklumkan kemudian.

Pihak kerajaan juga memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) di samping mengekalkan rebat ICPT pada 2.00 sen/kWh yang sedang dilaksanakan bagi semua pelanggan, termasuk pelanggan domestik dengan penggunaan bulanan 300 kWh dan ke bawah, berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2022 dan sehingga dimaklumkan kelak, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

“TNB juga ingin memaklumkan kesan pelaksanaan ICPT, berlandaskan Panduan Pelaksanaan Kawal Selia (RIG), adalah neutral ke atas TNB dan tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi perniagaan dan kedudukan kewangan,” jelasnya.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan ICPT boleh didapati di laman web Suruhanjaya Tenaga http://www.st.gov.my/

Pelanggan elektrik juga boleh menganggarkan kesan ICPT masa depan melalui penggunaan Kalkulator ICPT yang tersedia di www.myelectricitybill.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: