Mangsa banjir di Kota Marudu meningkat 236 orang

Keadaan di PPS Dewan SK Teritipan, Kota Marudu yang dibuka untuk mangsa banjir.
Keadaan di PPS Dewan SK Teritipan, Kota Marudu yang dibuka untuk mangsa banjir.
A
A
A

KOTA MARUDU - Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 236 orang setakat jam 8.45 malam Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah Kota Marudu, Rayner Saimon berkata, semua mangsa terbabit dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.

"Mangsa banjir dipindahkan bertambah ketika ini dari 73 orang kepada 236 orang melibatkan 64 ketua isi rumah.

"Semua mangsa terbabit dari Kampung Beliajung apabila kampung berkenaan dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat

Sinar Harian pada petang Jumaat melaporkan dua PPS di daerah ini dibuka selepas diisytiharkan banjir gelombang kedua berlaku.

Sebanyak enam kampung terjejas, bagaimanapun mangsa yang dipindahkan ketika ini hanya melibatkan penduduk dari Kampung Beliajung.

Artikel Berkaitan: