Gelombang haba: Empat negeri status berjaga-jaga

Status gelombang haba Semenanjung Malaysia setakat jam 4.45 petang hari ini.
Status gelombang haba Semenanjung Malaysia setakat jam 4.45 petang hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada pada tahap satu dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) setakat jam 4.45 petang semalam, empat negeri meliputi lapan kawasan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga.

Kawasan disenaraikan ialah Chuping di Perlis; Kota Setar, Pendang, Baling dan Sik (Kedah); Batang Padang dan Hulu Perak di Perak serta Kuala Krai, Kelantan.

Gelombang haba tersebut dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, kawasan Kuala Kangsar (Perak) dan Gua Musang serta Jeli, Kelantan termasuk Maran, Jerantut, Raub, Temerloh dan Bentong, Pahang yang berada pada tahap satu kelmarin, mencatatkan penurunan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.

Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula juga mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.

Artikel Berkaitan: