Hari tanpa beg plastik: Lesen ditarik jika ingkar

Tze Min (tiga, kanan) menyerahkan hadiah kepada peserta dari Sekolah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad yang meraih tempat pertama dalam pertandingan diadakan.
Tze Min (tiga, kanan) menyerahkan hadiah kepada peserta dari Sekolah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad yang meraih tempat pertama dalam pertandingan diadakan.
A
A
A

JITRA - Pengusaha premis perniagaan di Kedah yang gagal mematuhi dasar baharu kerajaan negeri iaitu penguatkuasaan kempen tanpa beg plastik, polisterina dan straw plastik yang ditetapkan bakal berdepan tindakan termasuk lesen perniagaan ditarik balik.

Exco Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Ooi Tze Min berkata, justeru semua premis perniagaan terlibat diharap dapat melaksanakan kempen yang berkuat kuasa 1 April ini dalam usaha mengurangkan pencemaran plastik di negeri ini selepas ia berkuat kuasa 1 April ini.

"Jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan, malah mereka berisiko dikenakan tindakan seperti lesen perniagaan ditarik balik.

"Bagaimanapun, kita akan menemui pengusaha premis perniagaan untuk demi memberi maklumat berkaitan perkara itu, malah akan meneruskan kempen berkenaan di setiap daerah," katanya.

 Tze Min (kanan) ketika pra pelancaran Kempen Hari Tanpa Beg Plastik.
Tze Min (kanan) ketika pra pelancaran Kempen Hari Tanpa Beg Plastik.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas Majlis Pra Pelancaran Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Kedah 2019 di C-Mart BDI Jitra, di sini, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan kempen itu dikuatkuasakan melalui syarat tambahan permohonan baharu atau pembaharuan lesen perniagaan bawah peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Kalau pengusaha enggan melaksanakan kempen maka lesen perniagaan berisiko ditarik balik, bagaimanapun kita berharap perkara itu tidak berlaku dan semua mengikut saranan ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: