Perutusan Khas PM sempena Tahun Baharu 9 malam ini

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas sempena Tahun Baharu 2022 pada jam 9, Jumaat malam.

Menerusi poster yang dimuat naik di laman Facebook rasminya pada Jumaat, perutusan khas itu akan disiarkan melalui saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani, TV3 dan TV Al Hijrah.

Selain itu, perutusan khas berkenaan juga boleh diikuti menerusi Facebook Live Perdana Menteri.

Ismail Sabri semalam dilaporkan berkata, sambutan Tahun Baharu 2022 dibatalkan dan akan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Perdana Menteri menjelaskan, beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia supaya menganjurkan solat hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022, di Masjid Putra, Putrajaya. - Bernama

Artikel Berkaitan: