Warga emas didakwa bunuh isteri

Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan membunuh isterinya di rumah mereka di Taman OUG di sini, minggu lepas. - Gambar hiasan
Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan membunuh isterinya di rumah mereka di Taman OUG di sini, minggu lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh isterinya di rumah mereka di Taman OUG di sini, minggu lepas.

Chan Che Min, 78, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Chan didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Fu Soi Lin, 72, pada 4.16 petang, 21 Disember lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 Januari 2022 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Artikel Berkaitan: