Empat maut, 15 cedera dalam letupan bom

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Quetta, barat daya Pakistan.
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Quetta, barat daya Pakistan.
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Quetta, barat daya Pakistan, ibu kota wilayah Balochistan, pada Khamis, menurut pegawai hospital.

Jurucakap Hospital Awam Quetta, Waseem Baig memberitahu Xinhua bahawa empat yang terkorban dan 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berkenaan.

Mereka yang cedera kini menerima rawatan di pusat trauma hospital, kata jurucakap itu.

Polis memberitahu media tempatan bahawa letupan berlaku berhampiran Kolej Sains Kerajaan di kawasan Jalan Jinnah, Quetta sejurus selepas sekumpulan pelajar keluar dari bangunan kolej berkenaan.

Beberapa bangunan dan kenderaan berhampiran turut rosak akibat letupan itu, menurut media tempatan.

Pasukan keselamatan dan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, dan sekurang-kurangnya dua yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan berkenaan dan memulakan operasi pengesanan. Bagaimanapun, jenis letupan masih tidak dapat dipastikan.

Sehingga kini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: