Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

 Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM49.01 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM31.65 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan tender pasaran wang lelongan matang pelbagai (RMA) bernilai RM5 bilion selama empat hari hingga 31 hari dan tender Qard lelongan julat tempoh kematangan Islam bernilai RM4.4 bilion bagi tempoh tujuh hari hingga 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman kovensional sehingga RM44.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM27.3 billon. - Bernama

Artikel Berkaitan: