Kertas siasatan Long Tiger lari lokap mahkamah hampir siap

Long Tiger
Long Tiger
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kertas siasatan membabitkan kes 'Long Tiger', lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini, hampir siap.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Jumaat.

Abdul Hamim dan tiga lelaki berumur 36 hingga 46 tahun direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, selepas Abdul Hamim dilaporkan melarikan diri dari lokap mahkamah itu pada 15 Disember lepas, sebelum perbicaraan kesnya bermula.

Selain Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, Abdul Hamim juga masih berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: