Pekerja kontrak hospital maut nahas

Keadaan kereta yang remuk akibat kemalangan di Jalan Datuk Mahmud di Kuala Lipis pada awal pagi Ahad. Foto Ihsan PDRM
Keadaan kereta yang remuk akibat kemalangan di Jalan Datuk Mahmud di Kuala Lipis pada awal pagi Ahad. Foto Ihsan PDRM
A
A
A

LIPIS - Seorang pekerja kontrak hospital maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Datuk Mahmud di sini dekat Institut Pertanian Kuala Lipis pada awal pagi Jumaat.

Kejadian melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Honda Wave 100 dan kereta jenis Suzuki Swift.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Syed Muhammad Razin Syed Jafri, 19, dari Kuarters Institut Pertanian Kuala Lipis itu cedera parah di kepala dan meninggal dunia pada jam 6.40 pagi di Hospital Kuala Lipis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta yang datang dari arah bandar Kuala Lipis menghala pulang ke rumahnya manakala motosikal mangsa dari arah bertentangan.

Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan sehingga melanggar bahagian hadapan motosikal terbabit

"Akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

Artikel Berkaitan:

Motosikal yang ditunggangi mangsa remuk dalam kemalangan tersebut. Foto Ihsan PDRM
Motosikal yang ditunggangi mangsa remuk dalam kemalangan tersebut. Foto Ihsan PDRM

"Namun mangsa telah meninggal dunia di unit kecemasan hospital tersebut pada jam 6.40 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, pemandu kereta itu telah ditahan dan dihantar ke hospital untuk diambil sampel darah dan air kencing untuk menguji tahap alkohol serta dadah.

"Bedah siasat dijalankan selepas membuat ujian saringan Covid-19 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya.