PRU15: Rundingan kerusi maksimum elak pertembungan tiga penjuru

Hashim
Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menegaskan akan terus memperkasa Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat agama serta negara.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dalam kenyataan berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam Muzakarah Majlis Syura ‘Ulama yang bersidang pada Rabu.

Ujar beliau, perundingan kerusi antara parti-parti Melayu Islam juga perlu dilaksanakan semaksimum mungkin bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bagi mendapat kemenangan dengan majoriti besar.

“Semangat Ta’awun Siyaasi dalam MN dan PN hendaklah sentiasa disuburkan pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan.

“Masing-masing hendaklah sentiasa berlapang dada, saling memaafkan dan mengelak daripada menjadikan media terbuka termasuk media sosial sebagai medium perantaraan bagi menyelesaikan krisis dan pertikaian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: