KKM lulus cuti tugas khas, cuti Tibi kepada pegawai perubatan kontrak

Foto 123rf
Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meluluskan kemudahan cuti tugas khas perubatan dan cuti Tibi kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata, pemakluman mengenai kelulusan pemanjangan kemudahan ini telah diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 27 Disember lalu.

“Pemakluman itu menjelaskan kelulusan dan pelaksanaan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Shafiq berkata, selaras dengan pemakluman itu, surat edaran telah pun dikeluarkan bagi menjelaskan kelulusan dan pelaksanaan kemudahan cuti tersebut kepada semua Ketua Jabatan di bawah Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter HartalDoktorKontrak mempersoalkan berhubung kemudahan cuti bagi penyakit-penyakit berkenaan kepada pegawai perubatan kontrak. - Bernama

Artikel Berkaitan: