Sila log masuk terlebih dahulu.

Prestasi kabinet baharu Sarawak dinilai menjelang suku pertama 2022

Abang Johari - Foto Bernama
Abang Johari - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Prestasi dan keberkesanan kabinet Sarawak yang baharu akan dinilai menjelang suku pertama 2022, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Pendekatan ini akan menyediakan satu prognosis supaya tindakan dan langkah yang diperlukan akan dibangunkan untuk tahun-tahun akan datang bagi meningkatkan hasil perkhidmatan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan senarai kabinet baharu terdiri daripada 10 Menteri dan 26 Menteri Muda di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.

Sementara itu, Abang Johari berkata, asas kepada barisan kabinet baharu adalah berdasarkan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 yang akan membangunkan Sarawak kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Beliau berkata, barisan kabinet baharu itu juga komited untuk melaksanakan kesemua 34 perkara daripada manifesto pilihan raya Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk lima tahun akan datang.

“Anggota kabinet saya yang berpengalaman dan saya akan menjadi mentor dan memupuk penglibatan pemimpin muda Sarawak dalam perumusan dasar dan pentadbiran.

"Kami akan membawa nafas baharu dan paling utama Kabinet ini diwakili komposisi yang menyeluruh di peringkat negeri untuk menyampaikan tahap perkhidmatan yang paling berkesan dan terbaik kepada rakyat, “ katanya.

GPS yang diterajui Abang Johari memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak 18 Disember lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: