X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

400 sukarelawan KPLB digerakkan bantu mangsa banjir

Pelajar bidang kejuruteraan elektrik melakukan pemeriksaan barangan elektrik yang terjejas ketika banjir.
A
A

KUALA LANGAT - Empat kampung di Bukit Changgang di sini dijadikan kampung angkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi membantu pemulihan pasca banjir.

KPLB dalam satu kenyataan berkata, empat kampung itu terdiri daripada Kampung Bukit Changgang, Kampung Labuhan Dagang, Rancangan Tanah Berkelompok Bukit Changgang dan Kampung Orang Asli Paya Rumput.

Menurut kenyataan itu, lebih 400 sukarelawan KPLB turun padang meneruskan misi gotong-royong dan pembaikan barangan elektrik pasca banjir di kawasan berkenaan.

"Sebanyak 1,700 rumah daripada 2,200 kediaman di kawasan itu terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

"KPLB menggerakkan pelajar bidang kejuruteraan elektrik di bawah institusi agensi iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian dan pembaikan barangan elektrik," kata kenyataan itu pada Khamis.

Sukarelawan bergotong-royong membantu penduduk terlibat banjir di Bukit Changgang dalam misi bantuan.
Sukarelawan bergotong-royong membantu penduduk terlibat banjir di Bukit Changgang dalam misi bantuan.

Hadir mengetuai misi itu ialah Ketua Setiausaha, Datuk Ramlan Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Tambah kenyataan itu, misi tersebut adalah selaras dengan saranan Ketua Setiausaha Negara dalam menggerakkan agensi kerajaan serta menjadikan kawasan yang terjejas banjir sebagai kawasan angkat dalam memastikan pemulihan pasca banjir dapat dilaksanakan segera.

"Inisiatif ini akan dilaksanakan selama seminggu di kawasan Bukit Changgang dalam memastikan kehidupan masyarakat yang terlibat dapat dipulihkan seterusnya diteruskan seperti biasa," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!