STL tetap jalan, AGM PSM pertengahan Februari

Akramuddin Abdul Aziz
Akramuddin Abdul Aziz
A
A
A

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) membuat keputusan untuk tetap menganjurkan Liga Sepak Takraw (STL) biarpun menerima tentangan daripada Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM pada Rabu malam selepas badan induk itu meneliti pandangan beberapa pihak berhubung larangan penggunaan pengadil tempatan dan pemain import di bawah naungan ASTAF.

Pemangku Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Azi berkataz, kejohanan tersebut akan dibarisi dalam kalangan pengadil kebangsaan yang berkualiti selain pemain import berstatus kelab.

“Dalam mesyuarat ini, kita sudah capai kata sepakat dari tiga suku ahli majlis PSM, sebulat suara bersetuju untuk diteruskan kejohanan STL walaupun kita dapat surat yang menyatakan pengadil bertaraf ASTAF dan ISTAF tidak boleh mengadili kejohanan ini.

“Masalah ini sudah selesai kerana di peringkat kebangsaan, kita mempunyai pengadil-pengadil yang berkualiti untuk mengadili perlawanan. Jadi saya rasa dari segi pengadilan tidak ada masalah,” katanya.

Penganjuran STL yang bakal membuka tirainya pada 7 Januari ini mendapat tentangan hebat selepas ASTAF dan ISTAF melarang pengadilnya dari Malaysia untuk terlibat dalam kejohanan tersebut.

Malah, badan induk sepak takraw Asia itu turut mengeluarkan notis amaran kepada Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) supaya tidak membenarkan pemain menyertai STL selepas PSM disingkirkan daripada badan naungan itu pada 20 Mei lalu.

Sekiranya ingkar, TAT berdepan hukuman penggantungan maksimum sehingga seumur hidup atau didenda AS$10,000 (RM41,951) atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

“Untuk pemain import pula, kita sudah buat ketetapan bahawa pemain import dibenarkan kerana ada sesetengah majikan pemain menggalakkan pemain mereka untuk bermain di luar.

“Lagipun mereka ini semua berstatus pemain kelab dan bukan bermain untuk pasukan negara masing-masing,” ujarnya yang turut memaklumkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM akan diadakan pada 12 Februari depan.