Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada akhir dagangan Khamis.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada akhir dagangan Khamis.
A
A
A

RINGGIT mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir dagangan Khamis selepas mata wang negara maju itu susut daripada peningkatan awal apabila Perbendaharaan AS meraih pulangan selain faktor penurunan data ekonomi yang mencetuskan minat terhadap aset berisiko.

Indeks Dolar AS susut 0.28 peratus kepada 95.929, terendah dalam tempoh tiga minggu manakala maklumat awal menunjukkan defisit dagangan barangan AS meningkat ke paras tertinggi sebanyak AS$97.78 bilion pada November daripada AS$83.2 bilion dalam bulan sebelumnya, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh ke paras 4.1750/1785 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1805 pada akhir dagangan pada Rabu.

Seorang peniaga berkata, dolar AS terus mengalami penurunan apabila pelabur bertindak beralih kepada sentimen yang mengutamakan mata wang berisiko dan ekuiti.

"Biarpun kes jangkitan varian Omicron Covid-19 terus melonjak di kebanyakan negara, pelabur sebaliknya seakan sudah menerima risiko itu dan sebaliknya memilih untuk mengutamakan perkara akan datang.

"Malah, kebimbangan terhadap Omicron yang terus reda itu turut memberi harapan dari segi pembukaan semula ekonomi yang mampan dan prospek 2022 yang lebih baik. Ini dapat memberi sokongan terhadap mata wang negara pesat membangun seperti ringgit,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama pada akhir dagangan pada Khamis.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0835/0865 daripada 3.0856/0864 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.6248/6281 daripada 3.6348/6355 sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.6187/6234 daripada 5.6062/6069 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.7178/7217 daripada 4.7150/7156 sebelumnya. - Bernama