Prinsip Pas tidak berubah, kukuhkan MN, PN

Senator Idris Ahmad
Senator Idris Ahmad
A
A
A

SIK - Pas berusaha memperkukuhkan kerjasama bersama UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) termasuk kerjasama dengan parti-parti lain di dalam Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, prinsip pihaknya masih tidak berubah dan perjumpaan sentiasa diadakan bersama kepimpinan UMNO bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti itu.

Menurutnya, hanya Pakatan Harapan (PH) sahaja yang mahu melihat kerjasama dua parti Melayu dan Islam itu gagal mencapai kata sepakat untuk bekerjasama.

"Memang setakat sekarang, kita kukuhkan Muafakat Nasional. Perikatan Nasional pun kita kukuhkan. Yang tak nak dikukuhkan ini adalah Pakatan Harapan, (mereka sahaja) tak mau, PH memang dia tak nak (UMNO dan Pas bekerjasama).

"Benda itu (pertemuan serta) perbincangan berjalan berterusan walaupun tidak formal seperti minum teh, tetapi ia berterusan," katanya pada sidang akhbar ketika ditemui selepas sesi dialog bersama guru-guru pondok seluruh Kedah, di Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Sik pada Khamis.

Mengulas lanjut, Idris berkata, perjumpaan Pas dan UMNO di peringkat negeri-negeri juga akan diadakan untuk membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada Rabu, Pas Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam MN.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pertemuan itu antara lain akan turut membincangkan hala tuju serta masa depan kedua-dua parti tersebut pada PRU15.

Artikel Berkaitan: