MADA, peladang bantu mangsa banjir di Pahang

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman (kanan) bersama penduduk setempat meninjau kawasan terjejas banjir.
Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman (kanan) bersama penduduk setempat meninjau kawasan terjejas banjir.
A
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menggerakkan misi bantuan ke kawasan terjejas di Pahang melalui Program Menyantuni Wira Agro di bawah Program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin bermula pada Rabu.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, dalam mendokong Aspirasi Keluarga Malaysia, misi bantuan banjir itu adalah sebagai tanda keprihatinan warga MADA serta peladangnya kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir.

Katanya, misi bantuan bencana banjir dilaksanakan selama dua hari itu melibatkan 43 sukarelawan terdiri daripada peladang yang berganding bahu bersama pegawai MADA telah bergotong-royong bagi membantu membersihkan sebuah pusat aktiviti.

"Difahamkan, Pusat Aktiviti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Karak telah ditenggelami banjir hampir tujuh meter, maka pasukan misi bantuan bencana banjir ini dilengkapi dengan peralatan untuk kerja-kerja pembersihan bagi membantu mangsa banjir.

"Dengan tema daripada peladang kepada peladang, MADA turut menyampaikan 100 unit bakul makanan dan 97 karton air minuman MAFI Prihatin kepada Wakil Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bentong untuk diagihkan kepada peladang terjejas dengan kejadian banjir," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Tarmizi menjelaskan, misi bantuan bencana banjir ini turut disertai beliau sendiri bersama Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli serta Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA, Ishak Taib.

Artikel Berkaitan: