VFive perkasa program CSR untuk keberkatan perniagaan

Program Makan Malam Tahunan VFive 2021.
Program Makan Malam Tahunan VFive 2021.
A
A
A

VFIVE Group menerusi Yayasan VFive memperkasakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan golongan yang kurang berkemampuan.

Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, program tersebut merupakan salah satu daripada 15 petunjuk prestasi utama (KPI) yang disasarkan bagi tahun 2021.

Menurutnya, meskipun syarikat tersebut sebagai sebagai entiti perniagaan dengan objektif keuntungan, namun mereka sentiasa meletakkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

“Saya percaya bahawa konsep keberkatan adalah penting dalam setiap apa yang dilakukan. Imbal balik keuntungan dan konsep perkongsian kemakmuran (shared properity) melalui kerja amal dan kebajikan merupakan paksi utama kepada prinsip yang diamalkan oleh sebuah syarikat milikan penuh bumiputera, VFive Group.

“Justeru, penubuhan Yayasan VFive ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memantapkan dan menstrukturkan program membantu komuniti sekitar.

“Termasuk pihak yang terjejas sumber pendapatan susulan pandemik Covid-19 dan mereka yang kurang bernasib baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, penerapan konsep itu boleh dilihat pada majlis jamuan makan malam tahunan VFive Group, di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur yang turut mengundang pelbagai pertubuhan dan wakil bagi menerima sumbangan dan menjadi rutin tahunan syarikat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara program CSR yang berjaya dilaksanakan pihak VFive Group bagi tahun 2021 adalah sumbangan bayaran bil elektrik dan bil air kepada masjid di sekitar Ampang dan Pandan (keseluruhan enam buah masjid) secara bulanan; sumbangan bayaran bil elektrik dan bil air kepada 22 buah surau sekitar Pandan secara bulanan; sumbangan bayaran bil elektrik, bil air dan sewaan kediaman kepada maahad tahfiz dan rumah kebajikan serta sumbangan kepada Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin.

“Selain itu, sumbangan makanan (nasi lemak) kepada Hospital Ampang, LRT sekitar Ampang dan Pandan, dan balai polis sekitar Ampang dan Pandan setiap bulan; sumbangan Gerobok Rezeki kepada 20 buah masjid, surau, sekolah, pusat kebajikan; Kembara Beras Amal 1,000 kampit sebulan; sumbangan pada setiap lawatan umum ke tahfiz sepanjang 2021 serta sedekah jariah (Masjidil Haram, Pusat Zakat Malaysia dan Habib Alwi, Indonesia).

“Sumbangan Ternakan Korban Raya Aidiladha (50 lembu dan 50 kambing); bakul makanan Yayasan VFive (masyarakat Cina); bakul makanan Yayasan VFive (masyarakat India) dan hamper perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali) serta kelas mengaji percuma (Surau Al-Ikhlas, Taman Dagang).

“Kami juga sudah melaksanakan kelas mengaji percuma (Surau Ikhwaniah, Kampung Pandan Dalam); sumbangan Ramadan (bubur lambuk dan kurma); sumbangan peralatan sekolah dan program gunting rambut percuma (25 buah Tabika) dan sumbangan jersi kepada empat buah sekolah dan empat pasukan bola sepak sekitar Pandan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak VFive Group melalui Yayasan VFive telah merancang pelbagai usaha dan strategi untuk membantu masyarakat sekitar pada tahun 2022.

Tambahnya, VFive turut menjalankan pelbagai inisiatif antaranya liputan kesihatan, bantuan persekolahan anak-anak dan bantuan kilat bencana kepada kakitangan mereka.

Ujar Mohd Syafiq, bagi tahun 2022, mereka juga meletakkan sasaran untuk program CSR, antaranya seperti perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM8 juta, meningkatkan jumlah program kebajikan dan mempermudah serta melancarkan agihan perbelanjaan untuk semua masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh kawasan Ampang dan Pandan.

“Selain itu, meningkatkan bantuan kepada 2,000 kampit beras sempena program Yayasan VFive 'Kembara Beras'; Meningkatkan sumbangan sempena program 'Gerobok Rezeki' kepada 20 lokasi meilbatkan masjid dan surau di seluruh kawasan Ampang dan Pandan; menambah jumlah sumbangan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan pada setiap hari Jumaat dan menambah sumbangan nasi lemak kepada 10,000 bungkusan di masjid, surau, LRT dan kepada petugas barisan hadapan di seluruh kawasan Ampang dan Pandan.

“Kami juga akan melaksanakan pembinaan 'Masjid VFive' pada tahun 2022; menubuhkan 'VFive Groceries Mart' pada tahun 2022 dan melancarkan rangkaian televisyen 'Yayasan VFive' melalui kerjasama RTM, TV3 dan Astro pada tahun 2022,” ujarnya.