Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Jeli, Kelantan

METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Jeli, Kelantan sehingga Jumaat. - Gambar hiasan
METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Jeli, Kelantan sehingga Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Jeli, Kelantan sehingga Jumaat.

METMalaysia menerusi hantaran di Facebook pada Khamis memaklumkan, status amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Kelantan membabitkan kawasan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Ia turut berterusan di Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), manakala Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan) sehingga Sabtu,” kata hantaran itu.

Sementara itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di negeri Perlis dan Kedah membabitkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik serta Baling.

"Amaran hujan berterusan tahap waspada juga melibatkan Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin) serta Johor sehingga Sabtu ini.

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad ini,” menurut hantaran itu.

Artikel Berkaitan: