Dembele, Gavi dan Umtiti positif Covid-19

Tangkap layar kenyataan Barcelona mengenai pemain terbaharu mereka dijangkiti Covid-19.
Tangkap layar kenyataan Barcelona mengenai pemain terbaharu mereka dijangkiti Covid-19.
A
A
A

PENULARAN Covid-19 dalam pasukan Barcelona kian meruncing selepas tiga lagi pemain utama skuad Catalan itu disahkan positif virus tersebut.

Barcelona dalam satu kenyataan mengesahkan pemain sayap, Ousmane Dembele, tonggak pertahanan, Samuel Umtiti dan pemain tengah Gavi telah diuji positif Covid-19.

“Dembele, Umtiti dan Gavi disahkan positif Covid-19 selepas ujian PCR dilakukan kepada semua individu dalam skuad.

“Kesemua pemain ini berada dalam keadaan sihat dan diarahkan untuk mengasingkan diri di rumah.

“Kelab telah melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini Blaugrana sebelum ini dihimpit masalah Covid-19 selepas Clement Lenglet, Dani Alves, Jordi Alba dan Alejandro Balde diuji positif minggu lalu.

Penambahan pemain positif itu sudah pasti satu tamparan hebat buat Xavi yang kini sedang bergelut untuk memperbaiki kedudukan Barcelona dalam liga ketika ini.

Barcelona kini menduduki tempat ketujuh LaLiga, dua mata di belakang pasukan tangga keempat, Rayo Vallecano dan 18 mata di belakang pendahulu Real Madrid dan akan bertandang ke Real Mallorca pada 2 Januari.

Artikel Berkaitan: