Rodgers resah hilang ramai pemain utama

Iheanacho (kiri), cuba mengekang asakan penyerang Liverpool, Diogo Jota, Rabu lalu. - Foto headtopics
Iheanacho (kiri), cuba mengekang asakan penyerang Liverpool, Diogo Jota, Rabu lalu. - Foto headtopics
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers mengakui resah untuk berdepan pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), ketika ini, Norwich City pada Sabtu gara-gara kehilangan khidmat ramai pemain utama.

Menurut Rodgers, biarpun masih segar dengan kemenangan 1-0 ke atas Liverpool Rabu lalu, skuad The Foxes itu dijangka berdepan kesulitan apabila bakal beraksi tanpa ramai tonggak utama berdepan The Canaries.

“Kita kehilangan khidmat empat pemain dari Afrika apabila dua pemain Nigeria, Wilfred Ndidi dan Kelechi Iheanacho, Daniel Amartey (Ghana) dan Papy Mendy (Senegal) bakal beraksi dengan pasukan negara masing-masing dalam Kejohanan Negara-Negara Afrika pada Januari.

“Keempat-empat pemain ini bakal terlepas empat atau lima perlawanan berdasarkan kepada sejauh mana kemaraan pasukan negara masing-masing pada kejohanan kali ini.

“Justeru, situasi ini semakin meresahkan apabila ramai pemain sedia ketika ini turut mengalami kecederaan seperti Jamie Vardy, Jonny Evans, Caglar Soyuncu, Patson Daka dan Wesley Fofana dan ini menambahkan lagi tekanan untuk kita menurunkan kesebelasan terbaik,” katanya.

Untuk rekod Kejohanan Negara-Negara Afrika dijadualkan berlangsung di Cameroon mulai 9 Januari hingga 26 Februari 2022.

Mengulas lanjut, Rodgers mengakui situasi berkenaan nyata memeningkannya dalam merangka percaturan strategi terbaik bagi mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang.

Bagaimanapun Rodgers tetap positif dan menaruh keyakinan terhadap barisan sedia ada bagi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan pemain-pemain berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Memang sesuatu yang perit buat kita apabila kehilangan khidmat hampir separuh pemain daripada pasukan ini.

“Namun, kita tetap merelakan pemergian pemain yang memiliki tugasan bersama pasukan negara masing-masing kerana kita tahu ia adalah sesuatu yang penting buat mereka dan diharapkan mereka dapat memberikan aksi yang terbaik,” katanya.