Banjir: 80 lori, jentera digerakkan bersih Taman Sri Muda

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 80 lori dan jentera KDEB Waste Management (KDEBWM) digerakkan bagi kerja-kerja pembersihan di Taman Sri Muda pada Khamis.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, operasi itu dilakukan bagi melancarkan pungutan sampah di kawasan terbabit yang terjejas teruk akibat banjir.

"80 buah lori dan jentera pembersihan sedang giat bergerak di Taman Sri Muda pada ketika ini," katanya dalam kenyataan ringkas di Twitter beliau pada Khamis.

Sebelum ini, KDEBWM menjangkakan akan menyelesaikan masalah sampah pukal pasca banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, dalam tempoh seminggu.

Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat KDEBWM, Ahmad Rizal Mohd Daud berkata, Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Seksyen 21 seluas 4.24 hektar adalah tempat pengumpulan sampah sementara dari Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya yang mempunyai 300 kakitangan termasuk pemandu lori, pengendali sampah dan pengawal trafik.

KDEBWM memiliki 500 tong roro, 110 lori termasuk dua lori 44 tan dan lapan lori 10 tan serta akan menambah lima lori 44 tan dalam masa terdekat untuk membawa sampah ke Jeram.

Artikel Berkaitan: