Rugi RM150,000 sekelip mata

Zaini mengumpul barang barang rosak di hadapan kedainya di Taman Seri Nanding untuk dilupuskan.
Zaini mengumpul barang barang rosak di hadapan kedainya di Taman Seri Nanding untuk dilupuskan.
A
A
A

HULU LANGAT - Tragedi banjir terburuk dan kerugian RM150,000 tidak mematahkan semangat pasangan suami isteri di Taman Seri Nanding di sini untuk meneruskan perniagaan kedai runcit mereka.

Pasangan terbabit, Zaini Mohd Nor, 54, dan Mohd Yusof Mohd Hasan, 63, antara ribuan peniaga yang terpaksa berputih mata akibat bencana melanda kawasan berkenaan.

Zaini yang 15 tahun dalam perniagaan runcit di kampung tersebut mendakwa, banjir besar kali ini menyebabkan dia mengalami kerugian besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk memulakan semua perniagaannya.

"Banjir kali ini memang tidak dijangka berbanding tahun-tahun sebelum ini yang hanya 0.3 meter sahaja.

"Air naik terlalu cepat, kami langsung tidak sempat menyelamatkan barangan di dalam kedai termasuk peralatan elektrik dan peti ais," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Zaini berkata, walaupun sedih dia dan suaminya reda dengan ujian dan kerugian yang dialami mereka namun sesekali tidak akan patah semangat untuk memulakan perniagaan semula.

"Memang terkesan dan mungkin kami memerlukan lebih masa untuk kembali menjalankan perniagaan," katanya.

Artikel Berkaitan: