Jangan main buang barang keperluan mangsa banjir

Gambar hiasan- Foto Bernama
Gambar hiasan- Foto Bernama
A
A
A

ADA barang yang masih elok tapi dimasukkan ke dalam plastik sampah. Itu antara keluhan seorang wanita yang menjadi mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat baru-baru ini.

Wanita terbabit amat terkilan kerana ada segelintir sukarelawan yang datang menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah bertindak membuang kebanyakan barang miliknya yang masih boleh digunakan.

Menurut wanita ini, sukarelawan terus memasukkan barangan keperluan seperti pinggan mangkuk serta pakaian yang disusun rapi di suatu sudut ke dalam plastik sampah sedangkan ia boleh dibersihkan dan diguna semula.

Bagi Merak Jalanan, situasi dialami wanita terbabit mencerminkan ketidakpekaan sukarelawan atau mereka pertama kali terlibat dalam operasi pasca banjir sehingga menganggap semua barang-barang yang terkena lumpur perlu dibuang begitu sahaja.

Ingat, bukan semua mangsa banjir orang senang dan bukan semua barang perlu dibuang dan diganti baharu.

Sebelum kemas dan masuk ke dalam plastik hitam, tanya dulu tuan rumah mana barang yang perlu dibuang, mana barang perlu disimpan.

Lebih baik bertanya kerana mereka sudah dalam keadaan yang penat dan emosi cukup sensitif.

Kesimpulannya di sini, sukarelawan perlu berkomunikasi dengan tuan rumah. Apa yang perlu dilakukan, apa boleh dibantu dan apa perlu dibuang.

Artikel Berkaitan:

Apa pun, musibah banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor menyerlahkan lagi keprihatinan rakyat di negara ini yang bersatu di bawah semangat Keluarga Malaysia dalam menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

Sikap membantu individu lain yang dalam kesusahan adalah satu tindakan terpuji tetapi janganlah semua benda mahu ditunjuk di media sosial.

Kalau sudah menjadi sukarelawan kenalah ikhlas, bukannya terikut-ikut dengan kawan.