Warga Felda disaran tubuh MPKK sendiri

Dzulkifly
Dzulkifly
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor mencadangkan warga Felda yang memiliki geran persendirian supaya menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi memudahkan permohonan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk pelaksanaan infrastruktur asas.

Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu Menurutnya, saranan itu berikutan terdapat terdapat sesetengah kawasan Felda tidak dilengkapi dengan kemudahan asas, biar pun kawasan telah dimajukan dengan projek-projek perumahan.

“Sebagaimana kita tahu urusan untuk menyediakan infrastruktur ini terletak pada Felda namun disebabkan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung kini maka terdapat kekangan untuk mereka lakukan.

“Jadi, di peringkat kerajaan negeri, apa boleh kita bantu ialah menggalakkan penduduk Felda yang memiliki geran persendirian untuk menubuhkan MPKK yang terletak dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

Dzulkefly (PKR-Kota Iskandar) berkata demikian ketika menjawab soalan Rashidah Ismail (BN-Pasir Raja) pada Sidang Dun Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya penduduk sudah mempunyai Majlis itu, mereka boleh memohon apa juga peruntukan infrastruktur asas daripada kementerian berkenaan.

Dalam masa sama, beliau juga menyambut baik saranan Tosrin Jarvanthi (PKR-Bukit Permai) yang mahu satu unit khas ditubuhkan bagi memantau kawasan Felda yang menghadapi masalah itu (kekurangan kemudahan asas).

Artikel Berkaitan: