Ketua balai bomba Kimanis parah nahas babit tiga kenderaan

Pasukan bomba hadir ke lokasi selepas terima maklumat kemalangan babitkan tiga kenderaan di jalan Paris Satu, Kinabatangan.
Pasukan bomba hadir ke lokasi selepas terima maklumat kemalangan babitkan tiga kenderaan di jalan Paris Satu, Kinabatangan.
A
A
A

KINABATANGAN - Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis antara dua individu yang dilaporkan parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Paris Satu, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Mohd Johainin Ruslan, 35, dan seorang lagi individu yang belum dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, isteri Johainin, Norlela Mohd Firdaus, 35, serta anak mereka, Nur Damia Maisarah, 7; Muhammad Muhyiddin Irfan, 6, dan adik kepada Norlela, Nurul Yusra, 20, hanya mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.13 petang.

Kenderaan mangsa remuk selepas terbabit dalam kemalangan di jalan Paris Satu, Kinabatangan.
Kenderaan mangsa remuk selepas terbabit dalam kemalangan di jalan Paris Satu, Kinabatangan.

Beliau memberitahu, seramai lapan mangsa dilaporkan terbabit dalam kemalangan itu dan tujuh anggota dari BBP Kinabatangan dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 43 kilometer dari balai bomba itu.

"Kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax, lori dan Perodua Alza.

"Terdapat lapan mangsa dilaporkan terlibat iaitu dua cedera parah, empat cedera ringan manakala dua lagi selamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, semua mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

"Mangsa sebelum itu turut diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) manakala mangsa yang parah dirujuk ke Hospital Sandakan untuk rawatan lanjut," katanya.

Misran berkata, operasi kemudian tamat pada jam 5.05 petang.