Daler Yusof minta maaf pada peminat KPOP

Pelakon, Daler Yusof
Pelakon, Daler Yusof
A
A
A

PELAKON, Daler Yusof memohon maaf kepada peminat KPop gara-gara komennya pada gambar Tok Ti bersama pelakon KPOP, Lee Sung-Kyung atau lebih dikenali Biblee, baru-baru ini yang telah mengundang kemarahan ramai.

Kata Daler, tiada niat lain selain mahu memuji Tok Ti.

No Image Caption

"Sebenarnya saya tak minat KPOP dan apa yang saya dengar orang kata artis KPOP buat plastic surgery.

"Jadi, maksud saya di ruang komen Tok Ti, dia lebih cantik daripada artis KPOP dan saya memang peminat Tok Ti, saya hanya nak puji.

"Tetapi selepas komen tu fans KPop macam menghentam saya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Kalau ada sesiapa rasa marah sebab komen tu saya minta maaf," jelas ringkas ketika ditemui di lokasi penggambaran Penjejak Ifrit, semalam.

Terdahulu, Daler menulis," Akak lebih cantik, She's full of plastic surgery and still you are more pretty Masha-ALLAH."