X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Pertahan kejuaraan, Nur Adibah Akma terkilan

Siti Nur Adibah Akma tewaskan pelumba Terengganu, A Nur Aisyah Mohamad Zubir dalam kayuhan sejauh 30.2 kilometer pada Kejohanan Kebangsaan Berbasikal Lebuh Raya 2021. - Foto Bernama
A
A

MESKIPUN hampa kerana gagal memperbaiki catatan masa tahun lepas, pelumba basikal Johor, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad lega apabila Jersi Kebangsaan pada Kejohanan Kebangsaan Berbasikal Lebuh Raya 2021 kekal miliknya tahun ini.

Mengakui sedikit tertekan untuk mempertahan kemenangan pada kejohanan tahunan tersebut, kerja keras anak kelahiran Tangkak, Johor itu berbaloi, setelah muncul juara dalam acara ujian masa perseorangan wanita.

Bagaimanapun, beliau yang mencatatkan masa 46 minit 41.964 saat pada saingan hari ini, gagal memperbaiki rekod yang dilakukan pada edisi tahun lepas iaitu 45 minit 57 saat.

Siti Nur Adibah Akma menewaskan pelumba Terengganu A, Nur Aisyah Mohamad Zubir, yang mencatat 46 minit 42.038 saat, iaitu hanya berbeza 0.0074 saat, dalam kayuhan sejauh 30.2 kilometer.

Katanya, beliau telah bekerja keras untuk aksi pada Rabu memandangkan acara tersebut merupakan sasarannya dan beliau telah berazam untuk menang.

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan kayuhan sebab saya kurang sihat pagi ini. Tapi sedikit hampa apabila kayuhan pada 500 meter terakhir sedikit terganggu disebabkan (isu) teknikal.

“Saya gagal kekalkan momentum sebab terganggu dengan motosikal polis," katanya ketika ditemui pemberita selepas pertandingan itu di sini pada Rabu.

Sementara itu, ketua jurulatih berbasikal Johor Junaidi Mohamad Nasir mengakui bukan senang untuk mengekalkan kejuaraan dan perkara itu menjadi misi utama pasukannya pada kejohanan kali ini.

"Acara utama pasukan Johor untuk hari ini adalah kategori wanita dan kami memang bekerja keras bagi memastikan Jersi Kebangsaan kekal miliknya. Memang sejak awal lagi, kami memang pastikan momentum Adibah berada pada tahap terbaik," katanya.

Mengulas mengenai saingan hari ini, Junaidi berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan kelajuan kayuhan ekoran faktor angin dan keadaan jalan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!