CEO Kumpulan Serba Dinamik didakwa kemuka pernyataan palsu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - KetuaPegawai Eksekutif Kumpulan (CEO Kumpulan) Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik), Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Februari lepas.

Mohd Abdul Karim, 56, yang juga Pengarah Urusan Serba Dinamik mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, Mohd Abdul Karim selaku pengarah syarikat tersebut didakwa dengan niat untuk menipu telah mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal Serba Dinamik yang terkandung dalam laporan suku tahunan syarikat bagi suku kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Bukit Kewangan di sini pada 26 Februari lepas.

Sabariah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Sekuriti secara berkala sehingga kes selesai serta menetapkan 27 Januari 2022 untuk sebutan semula kes itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: