Ular sawa 80kg muncul di tapak pembinaan

Keadaan ular sawa batik seberat kira-kira 80 kilogram ditemui dekat Taman Seri Bayu Sungai Lalang pada Rabu.
Keadaan ular sawa batik seberat kira-kira 80 kilogram ditemui dekat Taman Seri Bayu Sungai Lalang pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seekor ular sawa batik seberat kira-kira 80 kilogram muncul di sebuah tapak pembinaan, kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan Taman Seri Bayu, Sungai Lalang, 7 pagi Rabu.

Sobri Bakar, 54, berkata, kejadian itu disedari beberapa penduduk selepas kerja-kerja meratakan tanah dilakukan bagi tujuan pembinaan rumah baharu.

"Saya dan beberapa penduduk cuba menarik dan mengeluarkan ular itu ke kawasan lapang namun tidak berhasil kerana berat sangat berat," katanya.

Jelasnya, sejak kawasan itu diratakan, penduduk sering kali ternampak reptilia itu yang cuba menyelinap masuk ke kawasan itu tetapi saiznya lebih kecil.

"Kami terkejut melihat ular sebesar itu serta panjang mencecah empat meter sedang bergerak di kawasan lapang," katanya.

Ular sawa batik seberat kira-kira 80 kilogram ditemui dengan jarak hanya kira-kira 100 meter dari perumahan Taman Seri Bayu Sungai Lalang pada Rabu.
Ular sawa batik seberat kira-kira 80 kilogram ditemui dengan jarak hanya kira-kira 100 meter dari perumahan Taman Seri Bayu Sungai Lalang pada Rabu.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi diketuai Sarjan (PA) Zaiton Mohamed Ali bersama dua lagi anggota berjaya menangkap ular sawa tersebut yang cuba menyelinap dan bersembunyi di kawasan semak.

Artikel Berkaitan:

"Saya menasihati orang awam sentiasa berhati-hati sekiranya berdepan situasi berkenaan bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya.