Pencemaran kimia: Kerajaan perlu isytihar darurat - Asyraf Wajdi

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa mengisytiharkan darurat bencana susulan kejadian pencemaran bahan kimia yang melanda Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan tersebut wajar dilaksanakan segera seperti mana yang termaktub dalam Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara (MKN 20).

"Keadaan nampaknya semakin tidak terkawal. Rakyat di kawasan terlibat resah dan gusar keselamatan diri mereka.

"Justeru, jentera Kerajaan Persekutuan harus menggembleng tenaga bersama-sama untuk menstabilkan keadaan di sana," katanya menerusi kenyataan Facebook, hari ini.

Tambah Asyraf Wajdi, dalam situasi kritikal itu jangan dikira implikasi kewangan yang harus ditanggung kerajaan.

"Keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Pasir Gudang yang harus diberi keutamaan. Henti menuding jari antara satu sama lain sebaliknya, bekerjasama mencari jalan mengatasi musibah ini," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat Malaysia mengadakan solat hajat dan berdoa untuk kesejahteraan mangsa-mangsa terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN:

https://www.sinarharian.com.my/article/17989/BERITA/Nasional/Dewan-lulus-usul-bahas-Pasir-Gudang-perlu-diisytihar-darurat

https://www.sinarharian.com.my/article/17967/BERITA/Nasional/Pencemaran-toksik-Isyarat-kerajaan-perlu-lebih-tegas

Direkodkan, setakat ini sebanyak 43 buah sekolah ditutup dan bilangan mangsa akibat pencemaran bahan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor meningkat kepada 506 orang.

Artikel Berkaitan:

Daripada jumlah tersebut, seramai 166 mangsa dirawat di hospital manakala sembilan individu pula berada di unit rawatan rapi (ICU).

Tiada kematian dicatatkan kesan pencemaran bahan kimia dari Sungai Kim Kim yang berlaku sejak, Khamis lalu.