'Hari keenam kami di sini tidak pulang ke rumah'

Anggota dan pegawai PDRM terus bersemangat tinggi menggembleng tenaga dalam kerja-kerja pasca banjir.
Anggota dan pegawai PDRM terus bersemangat tinggi menggembleng tenaga dalam kerja-kerja pasca banjir.
A
A
A

HULU LANGAT - Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus bersemangat tinggi menggembleng tenaga dalam kerja-kerja pasca banjir walaupun terpaksa bekerja tanpa henti dan hampir seminggu tidak pulang ke rumah.

Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Malaysia, Asisten Komisioner Rosman Kasman berkata, seramai 268 anggota serta pegawai pasukan tersebut dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas di Selangor.

"Mereka bekerja bersungguh-sungguh, tidak mengeluh dan rela bekerja lebih masa untuk membantu mangsa-mangsa terjejas. Awal-awal pagi sudah bersedia untuk bergerak ke tempat banjir.

Keadaan semasa kawasan banjir di Hulu Langat.
Keadaan semasa kawasan banjir di Hulu Langat.

"Hari ni dah masuk hari keenam kami di sini tidak pulang ke rumah. Masing-masing terasa kedudukan macam ini kalau keluarga sendiri kena macam mana?

"Sebab itu kita kita terus membantu tanpa berkira," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Surau Al Munir, Taman Sri Nanding di sini pada Rabu.

Sementara itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama badan bukan kerajaan (NGO) turut tidak ketinggalan dalam membantu membersihkan kawasan yang dilanda banjir di Selangor.

Artikel Berkaitan:

Meriam air digerakkan untuk membasuh lumpur tebal di lokasi kegunaan ramai seperti rumah ibadat dan sekolah.
Meriam air digerakkan untuk membasuh lumpur tebal di lokasi kegunaan ramai seperti rumah ibadat dan sekolah.

Polis Selangor dalam satu hantaran di Facebook berkata, misi bantuan tersebut membabitkan kerjasama daripada Gabungan NGO Selangor yang diketuai Datuk Nazilah Idris.

Pelbagai bantuan diberikan termasuk pengagihan barang keperluan asas kepada mangsa dan kerja pembersihan di kawasan Sekolah Kebangsaan Sri Muda, Seksyen 25, di Shah Alam.