'Ini bukan gaya Liverpool'

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan anak buahnya boleh melupakan hasrat mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, sekiranya masih berterusan mempamerkan persembahan longlai seperti ketika dijinakkan Leicester City 1-0 di Stadium King Power.

Keputusan di laman lawan itu menyaksikan Klopp memahat kekalahan kedua musim ini hasil jaringan pemain pinjaman Red Bull Leipzig, Ademola Lookman minit ke-59', untuk meninggalkan mereka di belakang City, yang menewaskan Leicester 6-3 pada Boxing Day sekali gus kemenangan kesembilan liga berturut-turut, dengan enam mata daripada 19 perlawanan kempen ini.

“Sejujurnya keputusan pada perlawanan ini bukan perancangan kami untuk memberi peluang kepada City untuk melebarkan jarak kedudukan. Malah sekiranya kami kekal beraksi seperti malam ini, saya percaya City akan menjarakkan diri lebih jauh lagi.

“Tetapi jika kami bermain gaya sebenarnya bola sepak Liverpool, saya percaya setiap pemain akan dapat melihat maksud di sebaliknya (untuk perebutan gelaran).

"Saya tidak mempunyai penjelasan yang sewajarnya untuk malam ini. Untuk mencari satu adalah kebimbangan utama saya, bukan bagaimana keadaan City, sebaliknya gaya permainan para pemain Liverpool,” kata Klopp.

Pada perlawanan itu, The Reds memiliki deretan peluang Liverpool termasuk sepakan penalti Mohamed Salah, namun ketumpulan penyudah gagal menafikan tiga mata milik The Foxes yang dijelmakan Lookman.

Jelas Kloop lagi, para pemain memerlukan usaha berterusan bagi memastikan setiap peluang diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

“Kami memerlukan sedikit usaha untuk memadamkan masalah tidak dapat menjaringkan gol malam ini, apatah lagi setelah kami memiliki mempunyai beberapa peluang.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak menyukai intensiti tinggi walaupun pada mulanya merupakan sesuatu yang positif, tetapi kadangkala kami apabila kami bermula seperti ini dan kami kehilangan rentak dan sukar kembali ke momentum awal.

“Malam ini saya tidak begitu menyukai gaya permainan jadi kami perlu melakukan yang lebih baik. Kami bukan diri kami sendiri,” katanya.

Sementara itu, pengendali Leicester City, Brendan Rodgers berkata, “Memandangkan konteks permainan pada Ahad (menentang City), para pemain mempamerkan aksi heroik memandangkan masa pemulihan dan telah bermain dengan City.

“Pemain sangat mengagumkan bagaimana mereka mengharungi cabaran. Kami terpaksa bertahan untuk hidup kami. Saya sangat gembira untuk pemain malam ini.”