X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Wanita warga Thailand gagal seludup empat PATI

Kereta yang dinaiki lima individu berkenaan ditahan di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas pada petang Selasa.
A
A

PASIR MAS - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menahan seorang wanita warga Thailand bersama empat individu yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Lebuhraya Rantau Panjang Pasir Mas pada petang Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, wanita berusia 21 tahun yang mempunyai pasport dipercayai membawa empat PATI berkenaan masuk ke negara ini.

Beliau berkata, pihaknya melakukan rondaan berkereta di lebuh raya berkenaan selepas mendapat maklumat penyeludupan migran dan menemui sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil siasatan, kereta itu dinaiki dua wanita dan tiga lelaki berusia 15 hingga 22 tahun.

"Kesemua PATI tidak mempunyai kad pengenalan dan rekod perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 26J Akta Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua individu berkenaan dibawa ke Balai Polis Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya juga merampas sebuah kereta, lima unit telefon bimbit pelbagai jenama serta satu pasport dengan jumlah keseluruhan RM45,000.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!