PGA rampas 593 botol perisa vape bernilai lebih RM50,000

Kotak berisi perisa vape yang ditinggalkan di pengkalan haram berkenaan.
Kotak berisi perisa vape yang ditinggalkan di pengkalan haram berkenaan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas 593 botol perisa vape bernilai RM50,405 di pangkalan haram Lubok Gong di sini awal pagi Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya membuat rondaan pada jam 4.30 pagi dan melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak dari tebing sungai ke dalam sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa anggota menghampiri kawasan tersebut, sekumpulan lelaki berkenaan melarikan diri ke negara jiran Thailand dengan menaiki perahu.

"Anggota telah membuat pemeriksaan dan menemui kotak-kotak yang berisi perisa vape berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, barangan tersebut dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan dan siasatan lanjut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Lati, Pasir Mas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: