Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan awal pada Rabu, di tengah-tengah data bercampur-campur di AS dan pembetulan teknikal membabitkan pasaran penanda aras utamanya, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1800/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1785/1830 pada akhir dagangan pada Selasa.

Sehubungan itu, prestasi ringgit berbanding dolar AS dijangka mengalami pembetulan teknikal pada Rabu berikutan peningkatan unit tempatan berkenaan sejak beberapa hari lepas, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid said.

“Pasaran agak suram berikutan tiada banyak pergerakan di pasaran walaupun perkembangan membabitkan varian Omicron Covid-19 itu agak menggalakkan,” katanya kepada Bernama.

Pada masa ini, beliau menjangkakan paras rintangan dan sokongan terhadap unit tempatan itu berada pada sekitar RM4.1862 dan RM4.1498.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6158/6199 daripada 5.6188/6249 pada akhir dagangan Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.7280/7314 daripada 4.7355/7406.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen kepada 3.6402/6431 daripada 3.6401/6444 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0865/0889 daripada 3.0860/0898, sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: