Sila log masuk terlebih dahulu.

Gunakan pengaruh gerakkan bantuan

Sharifah Shahirah
Sharifah Shahirah
A
A
A

SHAH ALAM- Bergelar selebriti dengan ‘followers’ berjumlah 1.5 juta di Instagram, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired mengakui memudahkannya untuk menggerakkan usaha bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Pelakon, penyampai radio dan sukarelawan itu berkata, usaha yang dimulakannya itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, termasuk daripada rakan-rakan artis, pengeluar produk, orang ramai malah daripada rakyat negara jiran iaitu Singapura.

Segala sumbangan yang diterima baik kewangan mahupun barangan, kemudiannya diagihkan ke kawasan-kawasan bencana yang dikenal pasti melalui pasukan-pasukan yang dihantar.

“Pada hari ketiga, saya sempat ke Karak dan keadaannya cukup menyedihkan. Tapi, saya tidak boleh sentiasa turun ke lapangan kerana perlu menyelaras semua bantuan yang diberikan.

“Saya cukup terharu dengan sukarelawan-sukarelawan yang entah datang daripada mana, yang sanggup bersusah payah membantu agar semua bantuan orang ramai dapat diagihkan dengan cepat kepada mangsa.

“Ada kalanya saya menjadi kaunter pertanyaan, sampaikan ada yang tanya macam mana nak dapatkan tong sampah untuk membuang segala barangan yang rosak ini. Saya layan sahaja semua pertanyaan, malah yang nak menyumbang walaupun RM10, saya terima kerana wang ini jika dikumpul, kita boleh gunakan untuk bantu mangsa juga,” katanya dalam Wacana Sinar Siri 314 yang bertajuk Sampai Bila #RakyatJagaRakyat yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Wacana itu dikendalikan moderator, Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Presiden Gurdwara Sahib Petaling Jaya, Awtar Singh Terry dan Ketua Pegawai Eksekutif MCPlus Education Sdn Bhd, Sir Shakib.

Jelas Sharifah Shahirah, segala barangan dan bantuan yang diterima akan direkodkan termasuk dalam bentuk gambar dan video sebagai bukti sumbangan yang diberikan telah sampai kepada golongan yang memerlukan.

Artikel Berkaitan:

“Selebriti biasanya orang akan melihat kepada populariti, tapi dengan sedikit pengaruh yang ada, kita boleh gunakan kelebihan ini untuk bersama-sama dalam menggerakkan usaha membantu mangsa banjir ini,” ujarnya.