PH Pahang yakin kemampuan Fuziah

FUZIAH SALLEH
FUZIAH SALLEH
A
A
A

KUANTAN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang menyambut baik pelantikan Fuziah Salleh sebagai Pengerusi PH Pahang baharu mengantikan Datuk Fauzi Abdul Rahman.

AMK Pahang dalam kenyataannya memaklumkan, pelantikan Fuziah yang berkuatkuasa 11 Mac lalu dapat mengukuhkan barisan kepimpinan dan organisasi PH Pahang untuk bersama-sama dalam misi menawan negeri Pahang pada PRU15 akan datang.

Melalui kenyataan itu, AMK Pahang mengucapkan tahniah kepada Fuziah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang atas pelantikan itu.

Pada masa sama turut berterima kasih kepada mantan Pengerusi PH Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman atas kecemerlangan kepimpinan beliau sebelum ini.

Fauzi disifatkan sebagai seorang pemimpin yang banyak berkorban dalam membina serta mengukuhkan PH Pahang selama ini.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Ahli Parlimen Kuantan dilantik menerajui PH Pahang pada mesyuarat Majlis Presiden PH, 10 Mac lalu.

Pelantikan beliau diumumkan Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah.

Artikel Berkaitan: