'Sukarnya bersihkan lumpur kering paras betis'

Perkara paling sukar dihadapi oleh sukarelawan JAM kawasan ini ialah terpaksa membersihkan lumpur kering separas betis.
Perkara paling sukar dihadapi oleh sukarelawan JAM kawasan ini ialah terpaksa membersihkan lumpur kering separas betis.
A
A
A

HULU LANGAT - Seramai 100 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Hulu Selangor dikerah untuk berkhidmat kepada rakyat terkesan akibat bencana banjir di Puchong dan Hulu Langat.

Komandan JAM Kawasan Hulu Selangor, Muhammad Amaluddin Mohamed Azhar berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi misi bantuan bencana banjir JAM Hulu Selangor.

Menurutnya, sebanyak tujuh buah rumah penduduk di Puchong manakala tiga buah rumah penduduk di Kampung Batu 16, Dusun Tua di Hulu Langat dibersihkan setakat ini.

"Perkara paling sukar yang dihadapi oleh sukarelawan JAM di kawasan ini ialah membersihkan lumpur kering separas betis yang sudah kering di beberapa buah rumah mangsa banjir.

"Keadaan lebih mencabar apabila lumpur kering bertukar menjadi takungan air yang memakan masa untuk dibersihkan sepenuhnya," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, pergerakan anggota JAM Hulu Selangor akan diteruskan ke Pahang dalam tempoh terdekat selepas selesai membantu mangsa banjir di dua kawasan berkenaan.

Seramai 100 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Hulu Selangor dikerah untuk berkhidmat kepada rakyat terkesan akibat bencana banjir di Puchong dan Hulu Langat.
Seramai 100 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Hulu Selangor dikerah untuk berkhidmat kepada rakyat terkesan akibat bencana banjir di Puchong dan Hulu Langat.

Menurutnya, mereka tetap bersemangat melakukan kerja-kerja sukarelawan walaupun mendapat berita sedih dengan pemergian rakan dari Johor ketika misi banjir di Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Selepas kejadian itu kami sentiasa berpesan antara satu sama lain agar mengutamakan keselamatan diri dalam gerak kerja sepanjang misi bantuan kepada mangsa banjir," katanya.

Jumaat lalu, Komandan JAM Kawasan Mersing, Ahmad Zaki Mahbar meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang membantu mangsa banjir di Bukit Changang di Banting.

Perkara itu disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU ) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah yang memaklumkan, JAM kehilangan sahabat apabila Allahyarham turun dalam Ops Banjir di Selangor bersama sukarelawan dari Johor.