Sila log masuk terlebih dahulu.

Munajat Perdana ganti sambutan tahun baharu

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Sambutan Ambang Tahun Baharu 2022 di seluruh Selangor dibatalkan dan diganti dengan program Munajat Perdana, Bacaan Yasin dan Solat Hajat di seluruh negeri tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia dianjurkan untuk memohon doa daripada ALLAH SWT dan menghindarkan negeri berkenaan daripada musibah.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berdoa agar negeri Selangor terus aman dan sentosa.

Hantaran Amirudin di Facebook pada Selasa.
Hantaran Amirudin di Facebook pada Selasa.

"Sambutan Ambang Tahun Baharu 2022 seluruh Selangor dibatalkan dan digantikan dengan Munajat Perdana, Bacaan Yasin dan Solat Hajat di seluruh Selangor.

"Doa dipanjat moga segala musibah dihindari dan negeri ini terus aman sentosa, insya-ALLAH," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Artikel Berkaitan: