[VIDEO] Dos penggalak Pfizer, AZ diberi selepas 3 bulan vaksin primer

KKM buat keputusan dos penggalak Covid-19 terdiri daripada Pfizer dan Astrazeneca boleh diberi sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer. - Foto Bernama
KKM buat keputusan dos penggalak Covid-19 terdiri daripada Pfizer dan Astrazeneca boleh diberi sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat keputusan sela masa bagi dos penggalak vaksin Covid-19 membabitkan semua penerima vaksin berusia 18 tahun ke atas disingkatkan kepada tiga bulan selepas menerima vaksin primer masing-masing.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia membabitkan penerima vaksin primer Pfizer dan Astrazeneca manakala Sinovac telah ditetapkan sela masa tiga bulan sebelum ini.

“Kita akan memberi janji temu (dos penggalak) kepada mereka yang layak berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan termasuklah mengikut turutan umur dan status kesihatan. Keutamaan diberikan kepada mereka yang miliki komorbiditi dan sebagainya.

“KKM menjangkakan sebahagian besar daripada penduduk dewasa Malaysia yang layak menerima dos penggalak akan menerima dos ini pada bulan Januari dan Februari,” katanya dalam sidang akhbar khas di kementeriannya di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, antara faktor saranan untuk mengambil dos penggalak sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer kerana keberkesanan vaksin berkurangan dengan masa.

Katanya, ia dibuktikan dengan hasil dapatan kajian klinikal yang dijalankan oleh institut kesihatan negara dan luar negara yang menunjukkan data tersebut.

“Data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi yang lebih tinggi, daripada imuniti yang disebabkan oleh vaksin atau jangkitan semula jadi,” katanya.

Artikel Berkaitan: